Hari
Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia
ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang
berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki
mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan
membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan
kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai
mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat
Amalan Sunat Hari Jumaat
Pada
subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian
memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai
Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan
memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.
Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: "
Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk
sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor
unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor
lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban
dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat
maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk
waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka
apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan
diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar
mendengar khutbah"
Kemudian
apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan
apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan
melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang
sembahyang.
Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan
Kerjakanlah
sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan
sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah
Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah
hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"
Jangan
tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang
berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca
dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam,
Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau
Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan
sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di
dalamnya terdapat beberapa kelebihan.
Manakala
pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah
al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar
hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan
muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang
Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah
Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7
kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).
Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.
Kemudian
beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah
memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari
Jumaat.
No comments:
Post a Comment